SOALAN (PELAWAT)
|
JAWAPAN (PETUGAS)
|
Boleh
saya tahu maksud Perpustakaan ini?
|
Perpustakaan
Bestari Samsung / Samsung Smart
Library
adalah inisiatif CSR Samsung yang menawarkan
persekitaran bacaan teknologi untuk masyarakat setempat.
|
Adakah ia dibuka kepada orang ramai?
|
Ya, ia
adalah terbuka kepada orang ramai.
|
Adakah
ia percuma atau perlu saya bayar?
|
Tidak,
ia adalah percuma. Walau bagaimanapun,
anda
perlu mendaftar terlebih dahulu untuk
menikmati
kemudahan ini.
|
Berapa lama saya boleh menggunakan alat-alat ini dan
saya boleh meminjam mereka untuk dibawa pulang?
|
Setiap
pengguna diperuntukkan 3 jam
penggunaan
pada hari Isnin-Khamis, Sabtu dan 2
jam
pada hari Jumaat. Semua peranti hanya
boleh
digunakan di Perpustakaan Bestari
Samsung.
|
Bagaimana jika saya ingin menggunakan peranti yang
lebih lama apabila Perpustakaan tidak penuh?
|
Semua
peranti diprogramkan untuk log keluar secara automatik apabila log-on tamat
tempoh masa. Walaubagaimanapun, anda boleh pergi ke kaunter pendaftaran untuk
menyemak dengan Petugas jika anda ingin menggunakan peranti lagi.
|
Apakah
waktu operasi anda?
|
Waktu
operasi Perpustakan Bestari Samsung adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis:
9.00 pagi – 6.00 petang
Jumaat:
9.00 pagi – 12.00 tgh hari | 2.45 petang – 6.00
petang
Sabtu
Minggu ke 2 & 4:
9.00 pagi
– 5.45 petang
Ahad &
Cuti umum :
Tutup
|
Adakah
saya dibenarkan untuk membawa masuk alat peranti saya sendiri?
|
Ya,
pengguna dibenarkan untuk membawa
masuk
alat peranti mereka sendiri tetapi perlu
memaklumkan
kepada petugas ketika
mendaftar.
Walau bagaimanapun, tidak ada
keperluan
untuk membawa alat peranti sendiri
kerana
setiap kerusi dilengkapi dengan satu dan
pihak
Perpustakaan Bestari Samsung turut tidak
menyediakan
kemudahan plug kepada
pengguna.
|
Adakah
telefon bimbit dibenarkan?
|
Ya, tetapi semua peranti mudah alih perlu
berada di mod senyap dan pengguna juga perlu
keluar jika mereka ingin bercakap di telefon.
Keterangan mengenai apa yang tidak boleh
dilakukan (don’t) dan apa yang boleh dilakukan
(do) dinyatakan pada skrin di sini
|
Adakah saya perlu mendaftar sebelum menggunakan
Perpustakaan Bestari Samsung?
|
Ya. Pengguna dikehendaki mendaftar dengan
MyKad, MyKid atau ID Pasport di kaunter
pendaftaran sebelum menggunakan
Perpustakaan Bestari Samsung. Ibu bapa /
penjaga perlu bertanggungjawab bagi mendaftar
kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
|
Bagaimana saya ingin log masuk untuk memuat turun
E-Buku (e-book)?
|
Pelawat
dibenarkan untuk menggunakan alat peranti selepas pendaftaran dan menggunakan
alamat e-mel yang didaftarkan sebagai nama pengguna dan IC / ID sebagai kata
laluan untuk log masuk ke dalam peranti.
|
Kenapa
saya tidak boleh mengakses internet?
|
Maaf,
tidak ada perkhidmatan internet untuk
kegunaan
awam yang ditawarkan pada masa ini.
Sambungan
rangkaian di sini didedikasikan
untuk
peranti Perpustakaan Bestari Samsung
untuk
mengakses semua kandungannya.
|
Saya perlu menghantar e-mel untuk projek saya,
bagaimana saya boleh berbuat demikian?
|
Anda
boleh mengakses wifi PNMPerlis untuk
menghantar
e-mel atau ke Unit Hipermedia atau
Unit
Rujukan di Tingkat Atas Perpustakaan.
|
Bolehkah saya mengakses e-mel saya dari peranti
anda?
|
Tidak,
peranti kami dilindungi, anda hanya boleh
mengakses
e-mel anda dari alat peranti peribadi
anda.
|
Apa yang boleh saya lakukan di Perpustakaan ini?
|
Perpustakaan Bestari Samsung @ SMART Samsung Library
dibahagikan kepada 3 zon iaitu:
I)
Zon Kanak-Kanak /The
Kids Zone
Zon ini sesuai untuk kanak-kanak yang
berumur 5-9 tahun. Ia mempunyai
kandungan dan perisian yang direka untuk
kanak-kanak.
II) Zon
Membaca / The Reading Zone
Menawarkan pelbagai koleksi bahan bacaan
di dalam bentuk e-book dalam pelbagai
kategori seperti novel, motivasi, sukan dan
sebagainya.
III)
Zon Interaktif / The Interactive Zone
Dilengkapi dengan kandungan dalam talian
interaktif seperti surat khabar, majalah dan
laman web interaktif.
|
Soalan lazim
Berikut adalah kolesi soalan yang sering diajukan pengguna perpustakaan @ pelawat kepada petugas:
Langgan:
Catatan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan