Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis

Khamis, 29 Januari 2015

Perasmian Perpustakaan Bestari Samsung

Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis @ lebih dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis memperkenalkan Perpustakaan BESTARI Samsung yang kedua selepas penubuhannya di Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di bangunan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, Kangar, Perlis.
 Perpustakaan BESTARI Samsung terletak bersebelahan Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar, Perlis.  Selain itu, ianya merupakan satu-satunya perpustakaan yang mempunyai buku digital di Malaysia hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta antara Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis, Perpustakaan Negara Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.
Pelancarannya telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 12 Januari 2015. Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir ialahPn. Hajah Nafisah Ahmad , Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Machita Othman, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis  dan wakil Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd, Pengarah Perhubungan Korporat Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Roh Jae Yeol.








Read More

Rabu, 28 Januari 2015

Petugas @ Perpustakaan Bestari Samsung


Petugas Perpustakaan dari pelbagai latar belakang dan akademik mempunyai satu visi dan tujuan iaitu bertanggungjawab melayan anda sebagai pengguna perpustakaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah bolehlah berjumpa terus dengan kami.
Read More

Perpustakaan tercanggih di Malaysia kini dibuka


Reading zone

zon interaktif

Zon interaktif

Zon kanak kanak

Zon kanak kanak

Pemandangan di Perpustakaan Bestari Samsung

Bahagian hadapan Perpustakaan Bestari Samsung
Salam,

Perpustakaan Awam Negeri Perlis kini menambahkan koleksi perkhidmatan yang tercanggih di Malaysia untuk masyarakat di negeri Perlis berbudaya ilmu melalui pembacaan interaktif..







Read More
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Perpustakaan Bestari Samsung, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena