Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis

Rabu, 25 Februari 2015

Aktiviti: saya suka Perpustakaan Bestari Sambung kerana...

Aktiviti ini dijalankan bersama pengguna Perpustakaan Bestari Samsung pada 18 Februari 2015 @ Perpustakaan Bestari Samsung, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Para peserta diminta untuk memberi komen mengapa mereka suka 💕❤💝💟 datang ke Perpustakaan Bestari Samsung..

Berikut adalah komen mereka:















Read More

Selasa, 17 Februari 2015

Promosi Perkhidmatan Perpustakaan

Skuad Promosi, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah mengadakan pameran & kempen daftar ahli di Pekarangan Kompleks MPK Simpang Empat pada 14 Februari 2015 (Sabtu), 8.00 pagi - 5.00 petang sempena Program Mobile CTC.
Objektif kami berada di sana adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan perpustakaan melalui kempen galakan membaca menerusi kempen daftar ahli perpustakaan secara percuma. Jadi, kunjungi kami sekiranya kami berada di mana-mana jua pameran:

Aktiviti kami:
I) pameran perkhidmatan perpustakaan
II)Pameran Iplay Toy Library
III) Sudut bacaan
IV) Pinjaman buku
V) Aktiviti sudut permainan ilmu seperti putar-putar ilmu, eja perkataan, mewarna, jejak maklumat dan sebagainya.


















Read More

Selasa, 3 Februari 2015

Perkhidmatan Perpustakaan Bestari Samsung yang perlu anda tahu..

Perpustakaan Bestari Samsung (Samsung Smart Library)dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakan Awam Negeri Perlis. Ianya bertujuan untuk memberi pengalaman digital yang mana orang ramai boleh menggunakan peranti elektronik untuk membaca dan belajar.

Perpustakaan Bestari Samsung yang dilengkapi aplikasi direka khas ini juga bertujuan meluaskan penggunaan ICT dalam membantu Malaysia mencapai taraf negara membangun berasaskan ilmu pengetahuan.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk mencuba pengalaman baru di Perpustakaan Bestari Samsung yang unik dan interaktif, satu inovasi dibawakan oleh Samsung di Malaysia. Ianya dilengkapi dengan peranti Samsung seperti Galaxy Tab, Notebook, Desktop AIO dan smart TV.

Perpustakaan Bestari Samsung dibina dan dilengkapi dengan kemudahan digital e-buku. Perpustakaan Bestari Samsung mempunyai tiga konsep khusus iaitu:

  1. Zon Kanak-Kanak (The Kids Zone) ~ Zon ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 5-9 tahun. Ia mempunyai kandungan dan perisian yang direka untuk kanak-kanak.

  2. Zon Interaktif  (The Interactive Zone) ~ Dilengkapi dengan kandungan dalam talian interaktif seperti e-akhbar, e-majalah dan laman web interaktif dengan berkeupayaan pandang dengar.

  3. Zon Bacaan (The Reading Zone) ~ Menawarkan pelbagai koleksi bahan bacaan di dalam bentuk e-book dalam pelbagai kategori seperti novel, motivasi, sukan dan sebagainya.
Read More
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Perpustakaan Bestari Samsung, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena