Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis

Selasa, 3 Februari 2015

Perkhidmatan Perpustakaan Bestari Samsung yang perlu anda tahu..

Perpustakaan Bestari Samsung (Samsung Smart Library)dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakan Awam Negeri Perlis. Ianya bertujuan untuk memberi pengalaman digital yang mana orang ramai boleh menggunakan peranti elektronik untuk membaca dan belajar.

Perpustakaan Bestari Samsung yang dilengkapi aplikasi direka khas ini juga bertujuan meluaskan penggunaan ICT dalam membantu Malaysia mencapai taraf negara membangun berasaskan ilmu pengetahuan.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk mencuba pengalaman baru di Perpustakaan Bestari Samsung yang unik dan interaktif, satu inovasi dibawakan oleh Samsung di Malaysia. Ianya dilengkapi dengan peranti Samsung seperti Galaxy Tab, Notebook, Desktop AIO dan smart TV.

Perpustakaan Bestari Samsung dibina dan dilengkapi dengan kemudahan digital e-buku. Perpustakaan Bestari Samsung mempunyai tiga konsep khusus iaitu:

  1. Zon Kanak-Kanak (The Kids Zone) ~ Zon ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 5-9 tahun. Ia mempunyai kandungan dan perisian yang direka untuk kanak-kanak.

  2. Zon Interaktif  (The Interactive Zone) ~ Dilengkapi dengan kandungan dalam talian interaktif seperti e-akhbar, e-majalah dan laman web interaktif dengan berkeupayaan pandang dengar.

  3. Zon Bacaan (The Reading Zone) ~ Menawarkan pelbagai koleksi bahan bacaan di dalam bentuk e-book dalam pelbagai kategori seperti novel, motivasi, sukan dan sebagainya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Perpustakaan Bestari Samsung, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena