Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis

Sejarah

Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis @ lebih dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis memperkenalkan Perpustakaan BESTARI Samsung yang kedua selepas penubuhannya di Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di bangunan Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, Kangar, Perlis.
 Perpustakaan BESTARI Samsung terletak bersebelahan Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar, Perlis.  Selain itu, ianya merupakan satu-satunya perpustakaan yang mempunyai buku digital di Malaysia hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta antara Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis, Perpustakaan Negara Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

Pelancarannya telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 12 Januari 2015. Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir ialah Pn. Hajah Nafisah Ahmad , Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Machita Othman, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis  dan wakil Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd, Pengarah Perhubungan Korporat Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Roh Jae Yeol.

Perpustakaan BESTARI Samsung di PNMPerlis bakal menyediakan pengalaman pembacaan yang baharu dan interaktif untuk rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak dan remaja, dalam persekitaran perpustakaan berkeupayaan teknologi. Direka dan dibina dengan kelengkapan e-Buku, kawasan seluas 69 meter persegi ini memiliki empat konsep khusus iaitu Zon Kanak-Kanak, Zon Interaktif dan Zon Bacaan.

Terdapat lebih 35 peranti Samsung untuk pengguna termasuk tablet dan paparan berformat besar atau 'smart signage' dengan keupayaan skrin sesentuh. Pengguna perpustakaan bestari akan mempunyai akses kepada 4,300 tajuk e-Buku dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina di Zon Bacaan.

Zon Interaktif menawarkan pengguna mendapatkan kandungan tambahan seperti e-Majalah, e-Akhbar dan laman web interaktif dengan keupayaan pandang dengar.

Kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak pula ditawarkan di Zon Kanak-Kanak. Perpustakaan bestari itu dijangka memberi manfaat lebih kepada 105,000 pelawat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada setiap tahun

"Keistimewaannya, pelbagai peranti Samsung seperti Galaxy Tab, Notebook, Destop AIO dan Smart TV disediakan untuk pengguna di perpustakaan bestari itu," katanya.

Nota : Setakat 2016, Perpustakaan Bestari Samsung mempunyai 4613 tajuk e-book.


Sekitar majlis perasmian











Gambar-gambar sebelum tertubuhnya Perpustakaan Bestari Samsung
Pelan Perpustakaan Bestari Samsung

Pelan Perpustakaan Bestari Samsung



Sebelum
Gambar premis sebelum terbinanya Perpustakaan Bestari Samsung. Premis tersebut dikhaskan untuk pameran dan kemudiannya dijadikan sebagai stor buku.




Selepas
Gambar premis Perpustakaan Bestari Samsung terkini









0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© Perpustakaan Bestari Samsung, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena