Perpustakaan
Negara Malaysia Negeri Perlis @ lebih dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan
Awam Negeri Perlis memperkenalkan Perpustakaan BESTARI Samsung yang kedua
selepas penubuhannya di Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di bangunan Perpustakaan
Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, Kangar, Perlis.
Perpustakaan
BESTARI Samsung terletak bersebelahan Perpustakaan Kanak-Kanak, Kangar, Perlis.
Selain itu, ianya merupakan satu-satunya perpustakaan yang mempunyai buku
digital di Malaysia hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta antara Perpustakaan
Negara Malaysia Negeri Perlis, Perpustakaan Negara Malaysia dan Samsung
Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.
Pelancarannya telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda
Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra
Jamalullail pada 12 Januari 2015. Turut mengiringi baginda
ialah Raja Puan Muda Perlis,
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir ialahPn.
Hajah Nafisah Ahmad , Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Puan Machita
Othman, Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan wakil Samsung Malaysia Electronics (SME)
Sdn. Bhd, Pengarah Perhubungan
Korporat Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Roh Jae Yeol.